Kisah aquarium

Posted by gerg On 10:15 AM
Lama tak update @ citer sorang sorang. Banyak benda berlaku dalam sebulan nih.. ada yang best dan ada yang tak best.

Start dari open house dulu, seperti yang dijangka soalan sama akan ditanya. So jawapan agak samalah yang dapat. Tapi kali nih malas nak jawap dan matikan semua soalan tu dengan "tak payahlah nyusahkan je" tapi tak der lah jawap cam tu kat semua orang ... yang mana mana macam betul betul nak tau terangkan je lah kat derang... tapi agak boring terangkan benda sama kat orang yang sama tiap tahun .. hahahaha

Cerita ikan yang baru beli "powder brown tang" pulak, so ikan nih dengan jayanya menjangkitkan white spot kepada semua tang yang lain dalam aquarium tu. Yang lagi best dia dah sihat walafiat.. yang lain berbintik bintik macam campak putih ... hehehe. So far tak der apa yang nak bimbang pasal tu semua still ok dan tak teruk mana.

NP biopellet pulak rasanya adalah satu benda yang paling berbaloi tahun nih... setakat ni NO3 and PO4 maintain undetected ... so bagus lah... cuma biopellet makin hari makin kurang (macam tinggal kelongsong aje) so sediakan duit tuk top up benda tu lagi .. hehehe

Skimmer pulak macam tak berapa best .. rasa macam nak upgrade/downgrade? tak sure apa term... tapi macam nak tukar dari beckett kepada cone .. nungkin skimz tapi sekarang pocket amatlah tidah merestui kalau nak beli tu ... hehehe .. so layan jek apa yang ada

ATO (automatic top off) working great, sekarang bersama dengan KH. So sekarang KH maintain 8-9 dkh. Salah satu benda yang simple tapi memberi banyak manfaat setakat nih... yang penting murah dan senang nak buat.

Related Posts by Categories




0 Response to "Kisah aquarium"

Post a Comment

It is basically an escape. Also as a soothing element to relax in stressful environments. Some believe that seeing fish swim about helps us to forget our worries and ease our minds.